Monday, August 9, 2010

Tart Gulung

50PCS - RM22 / 100PCS - RM39

Bahan-bahan ( 150 biji )

  • 500 gram mentega
  • 100 gram gula aising
  • 3 biji telur (3 putih dan 2 kuning)
  • 70 gram susu tepung
  • 750 gram tepung gandum (biasenye ikut lembut supaya mudah ditekan)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • # Untuk Inti Jem #
  • 2 biji nenas
  • 400 gm gula pasir (ikut manis)
  • ½ cawan oren sunquick

Cara-cara

  1. Cara untuk Inti Jem - Parut nenas dan masak semua sehingga ia kering.
  2. Satukan mentega dan gula aising, kacau sekejap. Tak yah nak buat creamy method cam kek tu.
  3. Masukkan telur, kacau sebati dan masukkan esen vanilla.
  4. Kemudian masukkan tepung susu dan tepung gandum. Uli perlahan-perlahan kalau rasa adunan melekit di jari, tambah tepung sikit demi sedikit. Semasa masukkan tepung jangan masukkan semua sekali, masuk sikit demi sedikit supaya adunan tidak terkeras. Sepatutnya adunan tu agak lembut (tak lembik) supaya senang dipicit keluar dari acuan tart gulung.
  5. Letak inti dan gulung. Bakar sampai masak dan kekuningan. Tart ini memang gebu dan sedap.
  6. NOTA: Kalau nak kulit tat kekuningan sikit, letak pewarna kuning sebelum masukkan tepung kedalam adunan. Dan kalau rajin sapu kuning telur diatas biskut sebelum dibakar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...