Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds
Cara-cara
Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ya...
Mentega dan gula dikacau hingga sebati dan masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga rata.Masukkan pula vanilli,emplex,baking powder,gajus kisar dan kacau sebati lagi.
Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan boleh dibentukkan.Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti buah gajus,hias dgn 1 biji kacang gajus sebagai tangkainya.Susun atas dulang pembakar dan sapu kuning telur di atasnya.
Doh juga boleh dicanai dan diterap ikut acuan yg digemari,sapu kuning telur dan hias dgn kcg gajus.
Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga kekuningan.
Sejukkan biskut di atas redai dan simpan dlm bekas kedap udara.
750 gram tepung gandum (biasenye ikut lembut supaya mudah ditekan)
1 sudu teh esen vanila
# Untuk Inti Jem #
2 biji nenas
400 gm gula pasir (ikut manis)
½ cawan oren sunquick
Cara-cara
Cara untuk Inti Jem - Parut nenas dan masak semua sehingga ia kering.
Satukan mentega dan gula aising, kacau sekejap. Tak yah nak buat creamy method cam kek tu.
Masukkan telur, kacau sebati dan masukkan esen vanilla.
Kemudian masukkan tepung susu dan tepung gandum. Uli perlahan-perlahan kalau rasa adunan melekit di jari, tambah tepung sikit demi sedikit. Semasa masukkan tepung jangan masukkan semua sekali, masuk sikit demi sedikit supaya adunan tidak terkeras. Sepatutnya adunan tu agak lembut (tak lembik) supaya senang dipicit keluar dari acuan tart gulung.
Letak inti dan gulung. Bakar sampai masak dan kekuningan. Tart ini memang gebu dan sedap.
NOTA: Kalau nak kulit tat kekuningan sikit, letak pewarna kuning sebelum masukkan tepung kedalam adunan. Dan kalau rajin sapu kuning telur diatas biskut sebelum dibakar.